Sunday, February 10, 2013

Jangan Bunuh Diri - Osem Artwork

Assalamulaikum dan selamat bercuti semperna tahun baru cina ni. Hujung minggu tak tahu nak buat ape? Pergi la jalan2 bersama keluarga korang.

Semalam sempat aku belajar macam mana nak buat tulisan berasap-asap macam dekat bawah ni. Ape macam osem tak? Tapi dak de perfect sangat... Korang nak tahu macam mane aku buat... Komen la sikit kat bawah.

....................
Duration : Lebih kurang 2 jam.
Medium : Photoshop CS6 
Font : Paint Peel, Dancing Script 
Read More

Wednesday, February 6, 2013

Tutorial HDR - Teknik Mudah Mencantikan Gambar.

Salam, ini adalah tutorial photoshop aku yang pertama. Harap dapat memberi manfaat kepada korang semua. Maaf lah jika ada yang tidak sempurna.

Tutorial ini rengkas dan mudah. Hanya beberapa step, gambar yang asal menjadi lebih menarik. Teknik kali ini dinamakan HDR. Nak tahu apa itu HDR? Tengok apa yang wiki kate :
High Dynamic Range Imaging (HDRI or HDR) ialah satu set kaedah yang digunakan dalam pengimejan dan fotografi untuk membolehkan pelbagai yang lebih dinamik antara kawasan yang paling cerah dan paling gelap imej daripada kaedah standard semasa pengimejan digital atau kaedah fotografi.
Okey, kalau masih kurang faham. Erti kata lainnya, HDR ini memberikan ketepatan pada gambar dan menjadikan ia lebih jelas. Walaupun, korang guna kamera cikai pun, gambar tetap akan nampak menarik jika tahu tekniknya. 

STEP 1.
Step 1, korang duplicate (copy) layer gambar yang hendak diedit, dengan klik Contral+R.

STEP 2.
Highlight layer yang telah anda copy. Klik "Filter" > "Other" > High Pass.

STEP 3.
Tetapkan radius yang sesuai. Aku cadangkan korang letak "30.2" pixels.

STEP 4.
Pilih "mode" layer bagi gambar tadi. Sama ada "Hard Light" , "Soft Light" atau "Overlay"

HASILNYA...
"HardLight"

 "Overlay"

"SoftLight"
Sekian, itu saje tutorial rengakas hari ini.

#Teknik HDR mengunakan photoshop memang banyak kaedahnya. Yang ini aku tunjukan teknik paling mudah. :)
Read More

Monday, February 4, 2013

250,000 Akaun Twitter telah Digodam


Lebih kurang 250,000 akaun telah menerima kesan daripada halaman rasmi Twitter yang telah digodam. Jika anda mendapat serpihan daripada tragedi ini, maka anda akan menerima email daripada pihak twitter.

Namun angka yang menerima kesan tidak lah besar jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan akaun twitter yang wujud. Jika anda terselamat, bersyukurkah.... Jika anda antara mangsanya, lakukan tindakan segera.

Twitter mencadangkan supaya pengguna menggunakan kata laluan dengan gabungan abjad, simbol dan angka yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 aksara. Buat masa ini, Twitter masih dalam proses kajian berkenaan siapakah disebalik pengodaman ini.

Sumber info : Twitter blog, Amanz.my
Read More

Tuesday, January 29, 2013

Hidang Kotoran, Hidangan Lazat Di Jepun. - Osem Kretif

Siapa sangka makanan yang kelihatan kotor seperti ini enak bila dimakan.

Terdapat sebuah kedai makan yang bercirikan seperti Perancis terletak di Bandar Tokyo Gotanda yang dikenali sebagai Ne Quittez Pas. Restoran ini terkenal dengan makanan laut dan hasil makanannya yang berkualiti tinggi.

Aneh dan peliknya, di Restoran sehebat ini menghidangkan makan yang kotor. Ops, sebenarnya bukan kotor, tapi hanya kelihatan kotor dari segi hiasan luarnya sahaja. Menarik bukan? Bagi mereka yang mempunya duit banyak boleh terbang dan mencubai makanan pelik ini dengan harga $ 10,000 Yen (+ RM340).

Menurut kakitangan mereka, kotoran yang digunakan adalah tanah khas hitam dari Kanuma, Tochigi Prefecture.Dari segi keselamatan dan kesucian makan tersebut telah diuji untuk digunakan dalam makanan.

Sungguh kretif rakyat Jepun ni. Dari segi automotif sehingga lah bidang masakan, macam-macam diorang dah buat. Memang Osem & Kretif. Tapi dari segi moral, kurang la...
















Untuk maklumat arahan dan lebih untuk Ne Quittez Pas, periksa laman web mereka. 


p/s : Dari segi HALAL atau tidak aku tak jamin.
Read More