Tuesday, January 29, 2013

Hidang Kotoran, Hidangan Lazat Di Jepun. - Osem Kretif

Siapa sangka makanan yang kelihatan kotor seperti ini enak bila dimakan.

Terdapat sebuah kedai makan yang bercirikan seperti Perancis terletak di Bandar Tokyo Gotanda yang dikenali sebagai Ne Quittez Pas. Restoran ini terkenal dengan makanan laut dan hasil makanannya yang berkualiti tinggi.

Aneh dan peliknya, di Restoran sehebat ini menghidangkan makan yang kotor. Ops, sebenarnya bukan kotor, tapi hanya kelihatan kotor dari segi hiasan luarnya sahaja. Menarik bukan? Bagi mereka yang mempunya duit banyak boleh terbang dan mencubai makanan pelik ini dengan harga $ 10,000 Yen (+ RM340).

Menurut kakitangan mereka, kotoran yang digunakan adalah tanah khas hitam dari Kanuma, Tochigi Prefecture.Dari segi keselamatan dan kesucian makan tersebut telah diuji untuk digunakan dalam makanan.

Sungguh kretif rakyat Jepun ni. Dari segi automotif sehingga lah bidang masakan, macam-macam diorang dah buat. Memang Osem & Kretif. Tapi dari segi moral, kurang la...
















Untuk maklumat arahan dan lebih untuk Ne Quittez Pas, periksa laman web mereka. 


p/s : Dari segi HALAL atau tidak aku tak jamin.

1 comment: