Wednesday, February 6, 2013

Tutorial HDR - Teknik Mudah Mencantikan Gambar.

Salam, ini adalah tutorial photoshop aku yang pertama. Harap dapat memberi manfaat kepada korang semua. Maaf lah jika ada yang tidak sempurna.

Tutorial ini rengkas dan mudah. Hanya beberapa step, gambar yang asal menjadi lebih menarik. Teknik kali ini dinamakan HDR. Nak tahu apa itu HDR? Tengok apa yang wiki kate :
High Dynamic Range Imaging (HDRI or HDR) ialah satu set kaedah yang digunakan dalam pengimejan dan fotografi untuk membolehkan pelbagai yang lebih dinamik antara kawasan yang paling cerah dan paling gelap imej daripada kaedah standard semasa pengimejan digital atau kaedah fotografi.
Okey, kalau masih kurang faham. Erti kata lainnya, HDR ini memberikan ketepatan pada gambar dan menjadikan ia lebih jelas. Walaupun, korang guna kamera cikai pun, gambar tetap akan nampak menarik jika tahu tekniknya. 

STEP 1.
Step 1, korang duplicate (copy) layer gambar yang hendak diedit, dengan klik Contral+R.

STEP 2.
Highlight layer yang telah anda copy. Klik "Filter" > "Other" > High Pass.

STEP 3.
Tetapkan radius yang sesuai. Aku cadangkan korang letak "30.2" pixels.

STEP 4.
Pilih "mode" layer bagi gambar tadi. Sama ada "Hard Light" , "Soft Light" atau "Overlay"

HASILNYA...
"HardLight"

 "Overlay"

"SoftLight"
Sekian, itu saje tutorial rengakas hari ini.

#Teknik HDR mengunakan photoshop memang banyak kaedahnya. Yang ini aku tunjukan teknik paling mudah. :)

0 comments: