Aku Seorang "Graphic Designer" #4
Assalamulaikum.
Hari ini sudah masuk minggu ke tiga aku di sini (tempat aku berkerja). Menjadi seorang designer yang biasa-biasa mudah, tapi menjadi yang hebat agak sukar dan perlu belajar banyak pekara. Sebentar tadi aku baru sahaja selesai sesi tutor bersama Bos aku. Banyak benda yang diajarkan kepadaku.
Pelbagai kaedah dan teknik dalam membuat sesuatu design diajar oleh beliau kepada aku. Maklumlah aku ni bukannya arif sangat tentang Graphic atau Design ni. Di Universiti aku mengambil jurusan perakaunan. Bab nak kira mengira ni boleh la. Tapi bab Graphic Design, memang lari bidang. Walau apa pun, aku minat untuk belajar lebih lanjut tentang bidang ini disamping tidak meninggalkan bidang asal aku.
Seronok belajar benda ni. Kata Boss aku, kalau bab design- mendesign ni, kita perlu menjadi lain dari yang lain. Kalau design biasa-biasa aje, ramai orang boleh buat sekarang. Jadi kita kena pastikan design kita tu hidup, dan ada jalan cerita pada apa yang kita designkan.
Insya-Allah, aku cuba untuk menyusun sedikit nota apa yang aku dapat sebentar tadi. Supaya dapat menjadi pandua kepada aku di masa hadapan dan kepada mereka yang baru dalam bidang ini.
Wassalam.
Klik Gambar untuk paparan lebih jelas
![]() |
| Latihan Design ini aku tunjunk kat Boss aku, Kemudian dia komen dan ajar lagi. |
Contoh Design yang hidup dan Ada jalan cerita

0 comments: