Friday, September 23, 2011

Nikon lancarkan kamera ‘mirrorless’ Nikon 1.


Peminat-peminat kamera kompak pasti suka dengan model kompak baru Keluaran Nikon ini. Nikon telah mengumumkan dua model baru kategori kompak Interchangeable Lens Compact (ILC) ‘mirrorless’ iaitu model Nikon 1 J1 dan Nikon 1 V1. Nikon model V1 ini didatangkan dengan variasi lensa yang boleh ditukar seperti kamera DSLR.
Menurut Nikon, mereka menggunakan sensor baru yang dinamakan format CX. Kamera ini akan mula dipasarkan pada 20 Oktober depan. Nikon 1 J1 dianggarkan berharga $649.65 manakala Nikon 1 V1 berharga $899.95.
Nikon 1 Siri J1 kamera ni lebih kecil daripada Siri V1.
Nikon 1 Siri V1 ada elektronik viewfinder 1,440,000 dot dan mempunyai LCD 3inci yang
menggunakan 921,000 dot. Maknanya imej yang akan kita lihat pada skrin lebih halus.
J1 dengan lensa 10mm.
V1 dengan lensa 30mm-110mm f3.8-5.6
V1 dari pandangan belakang.
Nikon 1 J1 edisi khas warna pink :)
Nikon 1V1 edisi putih, menarik!
Nikon 1 juga boleh digunakan dengan lensa DSLR Nikon yang sudah ada di pasaran dengan memasangkan converter. Ini pastinya berita baik kepada pengguna Nikon DSLR :)
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknikal kamera kecil ini, kawan-kawan boleh lihat di sini.Sekadar berkongsi informasi terbaru :)
*Gambar-gambar diambil daripada Dpreview dot com dan Google.